Umi ^.~

30/11/2011

Assalamualaikum wbt. 

dalam kedinginan sang mentari,
aku masih ingat kehangatanmu,
manakan bisa ku lupa, 
kerna hanya dirimu yang benar2 memahami jiwaku.

dalam kesuraman malam, 
masih ku ingat cerianya kamu,
melihat anakmu,
dari sekecil tapak tangan hingga besar tinggi.

dalam doaku, sering saja ada kamu,
kerna hanya itu yang ku mampu,
apabila berjauhan darimu,
hingga membuatkan ku rindu.

ketegasan, kegaranganmu,
semua itu ku teringat selalu,
kerna semua itu sudah sebati denganku,
jiwaku terbentuk dalam didikanmu.

ni la umi. bukan kakak ye..

bunga peneman setia.

this is my beloved mum. i call her Umi. ok, no english. takut nanti umi xpaham. hehe
nama diberi oleh Haji Yusuf dan Hjh Rokiah ialah Rabiah bt. Yusuf. 
Dunia menyasikannya pada 20 April 1970.
berkahwin dengan seorang jejaka kacak bernama Mohd Zaidi b. Mahmood.
pada 4 Nov 1991. ketika berusia 21 tahun. mude lagi. hehe

kalau nak ungkap dalam bentuk perkataan gini, 
sminggu pon xhabis. :)
hanya nak berkongsi cerita dan luahan hati.

tp xtahulah kenapa,
bila teringatkan umi, susah nak kluar ayat2.
hanya terbuku dihati.
mungkin malu?

terima kasih umi atas segala2 nya,.
terima ksih kerana melahirkan abe,
menjaga abe, membesarkan abe,
memberi tempat tinggal,
mendidik, merotan, memarahi,
sentiasa menasihati dan mendoakan anakmu ini.

nak mintak maaf jugak atas semua silap dan salah,
pernah membuat umi sakit hati, sedih, atau macam2 lagi.
biasalah budak2, gapo hop ore suruh susok skit nk dgr.
hehe.

terima kasih kerana menghantar saya ke 
Tadika Pasti,
SRI Aman, 
Maahad Muhammadi Lelaki.
sudah lepas tnggungjawab mu dalam memberi pendidikan kepadaku.
kini hanya aku yang akan membalas jasamu.

dan terima kasih juga untuk tidak selalu mendengar kemahuanku.
kalau tidak begitu, memang aku bukan seperti aku sekarang.
sering ku teringat ayatmu 
"anok2 mikir slakoh dua jah,kito ore tuo mikir 10 lakoh depey anok2"
lepas difikirkan kembali memang benar semua itu.

dan juga terima kasih kerana sering menyuruhku membuat kerja rumah,
basuh kain, lipat kain, basuh pinggan, kemas rumah, memasak, etc..
kerana disini, memang aku sendiri berdikari. 
Aku gembira mempunyai ibu bapa seperti kamu. 
saling melengkapi. saling memahami.

kasih sayang umi akan sentiasa di hati.
walau jauh di negara orang, namun umi tetap dihati.
walau lama x tlefon, umi sentiasa diingati. 
Love u lah~ <3 

u are the best mom in the whole universe. 
semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. 

from egypt with love~

p/s : abe 19 dah. 21 nak tiru supo umi buleh?haha. cepat skit buleh main nga cucu..kik3

Doctor Dota?

27/11/2011

Assalamualaikum wbt. another post after yesterday. yeah. alhamdulillah~ :)

doctor? semua tahu kan ape? yup, doctor perubatan yang merawat pesakit and others la..
this is doctor.




dota? what the? aigoo.. msti ade xtau. dota ni singkatan dari defend of the ancient ( DoTa ). sebuah computer game yang tengah menjadi kegilaan. tengah?or sudah menjadi kegilaan 'berabad' lamenya. haha. so? ape kaitan dota dengan doctor?


this is all dota
this is morphling



ok, hidup dalam suasana dikelilingi para bakal doctor yang bermain dota, benda ni dah macam makanan atau keperluan asas yang perlu @ wajib ada setiap hari. memang dah menjadi rutin. ape nak buat. hahaha

jiwang skit~

me?main jugak but noob one..haha. memang xde bakat. stakat tengok orang main boleh la. semua bermula masa revolusi mesir hari 2. sebelum ops piramid, kitorang berkumpul 1 rumah. then kawan2 start ajar main benda alah ni. skali main, dah mcm drug, jd ketagih..haha.

As a doctor to be (insyaAllah), masa seharian sebenarnya xcukup untuk sekadar main game. seriously, most of time waste when start 'dota'ing. 1 game lebih setengah jam, and kalau start main, mau 3,4 game.. so, at least 2 jam abih macam tu je. time untuk study pon semakin berkurang. tu tak kire lagi time nak layan korea, nak layan HOUSE, Usrah, bersukan ape smua. haha



second year memang lagi susah. of course la sbb dah makin tua. tp masa untuk study xpernah bertambah, malah semakin berkurang ( nauzubillah ). datang mesir nak belajar, bukan nak main game. tapi as long we know how to manage our time well, then there is no problem. kot. and as long as final lulus, ok la. hehe
 
kita semua pernah main, so, xleh nak marah sape2. As a muslim, memang menjadi tugas kita untuk sentiasa mengingati antara satu sama lain. juga menerima teguran dengan sebaiknya. insyaAllah. kalau na4 main 2 pelik sangat, tegurla. jangan sampai permainan 2 melalaikan.

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dikalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dikalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri, seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." [ Imam Hassan Al-Basri ] 

 إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri."[ Ar Ra'du : 11 ]

harapkan perubahan?semua bermula dari anda.

tu je smua kot untuk kali ni. insyaAllah akan ada yang akan datang. ilal liqa' :) Assalamualaikum!

Maal Hijrah 1433H

26/11/2011

Assalamualaikum wbt. Salam Maal Hijrah 1433H, Salam Awal Muharram, dan Selamat Tahun Baru bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia.

1432H sudah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan, manis dan juga pahit. semoga setiap kenangan menjadi pengalaman dan pengajaran bagi kita untuk melangkah di tahun baru yang pasti mencabar dan lebih berliku.

Tahun ini, genap 1433 tahun Hijrah pertama Rasulallah S.A.W dari Mekah ke Madinah bersama umat islam dan para sahabat bertujuan untuk menyelamatkan Islam dan juga satu perintah yang diterima oleh Allah. Banyak hikmah dan pengajaran yang bakal diperoleh dari peristiwa agung dalam sirah Rasulallah ini kepada mereka yang sentiasa berfikir.

Diharap semua antara kita dapat mengharungi tahun baru dengan jayanya dan kemaskan azam, kuatkan tekad demi menjadi hamba Allah yang bertaqwa, beramal, dan berjaya di duna dan akhirat.

Selamat Tahun Baru 1433H.

Sang Harimau Bangkit Di Bumi Garuda

21/11/2011


Assalamualaikum.. salam kegembiraan buat seluruh rakyat Malaysia selepas 'ibu' segala pingat emas Sukan Sea di Indonesia kali ini sekali lagi berjaya dimiliki oleh team bola negara kita.. harimau muda ternyata lebih matang mental dan fizikal jika dibandingkan dengan anak kecil sang garuda.. 90minit tempoh permainan ditambah 30 minit masa tambahan memang sesuatu yang berliku buat skuad negara sebelum meraih kemenangan menerusi sepakan penalti.

ditinggalkan 1-0 bukan pengakhiran buat anak muda Malaysia kerana Asraruddin berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke berapa ntah, xigt.. hehehe.. harus diberi pujian kepada barisan pemain kerana improvement yang ditunjukkan terutama pada bahagian pertahanan.. ibarat payung yang xmampu ditembusi air hujan. bukan seperti perlawanan2 sebelum ini. Fadhli Syah, Muslim, Asrarudin, Mahali memang terbaik kali ni.

bahagian tengah jugak memang power. macam2 bola pelik boleh dilihat..hantaran ala2 xavi pon ade. terutama dari kapten pasukan Baddrol Bakhtiar. fandi, Syahrul azwari, wan syahrul nizam, nazmi faiz memang berbakat la katekan. haha. seperti kereta, kalau tiada enjin macamna nak jalan,, bola pon macam tu la. kalau xde tengah, mcmne nak strker nak score.

bercakap pasal striker, mmg xpuas hati. kenapa fackri saarani boleh stay skuad malaysia. dahla main untuk skuad senior dan U23. main kabel k brader?menteri belia sukan pak sedare lu ke?kalau main ok, xdela aku nak melenting. tgk gol untuk semi pon nasib je. dahla nyris membawa nahas bila sepak penalti pon xmasuk.aihhh.. orang lain ramai lagi la boleh main. so, jangan nak salahkan orang lain panggil kau 'bangang abadi'.. izat faris kire ok la skit walaupon memang kadang2 main macam xnampak pintu gol.. tamil arasu : N/A. sory kalau nampak over sbb mmg xpuas hati!

paling menarik perhatian adalah prestasi yang ditunjukkan oleh penjaga gol kebangsaan. Khairul Fahmi Che Mat. xperlu di pertikaikan ketangkasan dan kecekapan beliau. penalty saved was the best of all.. walau macam2 spekulasi sebelum ni, apek tetap steady! meh2 de gea boh.. hahaha! ^^

overall, congratulation for Malaysia Team for this gold medal. no 4 pon xpela..asal menang gold medal untuk bola! GOMO MALAYSIA GOMO! main bia meney sokmo, baru ngapuh nak kelih~

kito main xsey skat sukan sea, kito main bia sapa pringkat dunio. indon kito gomo doh, phni syria plok kito mamoh. hahaha!

tv3 cool~!

u deserve to speak coz u win lastnight..haha

saat2 manis selepas debaran penalti.

gracias messi. 

patah sayapnya di udara
baby garuda


OKS ( ong kim swee )..coach

EidAdha 1432H - Egypt

11/11/2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~

Sorry smua atas ketidak lancaran perjalanan blog.. ada yang cakap blog hidup segan mati xmahu..hahaha
xpe2, biase la 2..bila admin pemalas, begni la rupa blognya.. hahaha.. actually, ada bbrapa masalah sekarang ni, laptop rosak, line internet yang xmenentu 2, 3 hari ni.. tp bila lptop pon dah xok, akan tergendala la smua kerja..haha.. ni pon gna laptop housemate..

rasanya belum terlambat untuk admin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat seluruh umat Islam xkira di mana saja anda berada. terutama buat parents and smua sahabat kat Malaysia.. :)

as usual, raya kat mesir pon meriah jgk macam kt malaysia atau mungkin lebih meriah kerana segala perjalan program korban disempurnakan sendiri oleh mahasiswa dan mahasiswi di sini.

pics time~!!!




















sorry kalau kualiti gambar low.. fotogrper kurang pandai.. hahaha. insyaAllah lepas ni akan post gambar daripada Canon AE1. just wait.. :)  SELAMAT HARI RAYA!! Assalamualaikum~

Kelantan's Transfer Rumours. 2011/2012

19/10/2011

Assalamualaikum..gano sep TRW blako? bereh dop sep kito lepah kaloh baru ni? mtop2 bereh lako la deh..bare xdop rezki nk wak gno dh.. tahun depey pulok kito gomo!

insyaAllah season depey kito buleh tgok transfer2 baru sep kito. sblm 2 kito tengok dulu khabar2 angin hop akan masuk dan tubik kelate tahun depey ore kapung kato 'rumours' hahaha!

Players in :

Azlan Ismail ( Kedah )
Norfarhan Muhammad ( T-Team )
Amirul Hadi ( Selangor )
Safiq Rahim ( Selangor )
Yong Kuong Yong ( Kuala Lumpur )
Azmi Muslim ( Kedah )
Nizaruddin Yusuf ( Felda United )
Wan Zaharul Nizam ( Harimau Muda A )
Badrol Bakhtiar ( Kedah )

Players Out:


Piya - Selangor
Apex - Selangor
Ramzul - ( - )
Awe - Johor FC
Solehin Kanasian - ( - ) *
Khalid jamlus - ( ATM ) *
(*- Confirm )


confirm :
-Dato' K gati denga Butler
-Subramaniam stay

Pemain import :
-Ckondi Mpulala (Nigeria) kot*
-Jocip Bonacin (Crotia)

Sumber : Rumours Kelantan 2011/2012

termenung seketika.

10/10/2011

Bismillahirrahmanirrahim.. bagai hilang idea untuk menulis. seperti terkaku minda untuk mengukir kata-kata. mengenangkan setiap yang berlaku. pasti ada hikmahnya. walau sudah jenuh mencari dimanakah hikmah tika berlaku sesuatu, mungkin Allah sahaja yang Maha Mengetahui di sebalik semua.

diciptakan aqal bukan untuk menangisi mereka yang xkan kembali, tetapi untuk memberi pengajaran kepada yang masih disini kerana kita semua pasti bersama mereka yang telah pergi. kenapa sibuk memikirkan kiamat yang akan berlaku esok hari kerana mati boleh menjengah bila2 masa. bersedialah dengan iman dan taqwa. berbekalkan semua amalan di dunia pinjaman yang sementara menghadap yang Maha Esa..

mati itu pasti, waktunya juga pasti, tidak dicepatkan walau sesaat dan tidak dilewatkan walau sesaat. sungguh perlaksanaan Allah tiada cacat cela, jauh sekali dari kesilapan. "Ya Allah, akhirilah hidupku aku dengan husnulkhatimah". mati adalah satu rahsia yang tidak satu makhluk pun mengetahui bila datangnya sehingga waktunya. agar manusia sentiasa bersedia, didalam keimanan dan ketaqwaan. maka rugilah mereka yang tiada sedetik pun di hatinya mati. kerana dunia dan nafsu.

bukan diri ini seorang ustaz atau alim untuk berbicara sedemikian tetapi memang kewajipan seorang muslim untuk sama-sama memperingati dan menasihati satu sama lain. walau dengan apa cara sekalipun. ada kala kita bersuka ria, tapi luangkan juga masa untuk menginsafi diri walau seketika. Astaghfirullahal azdhim.~

kepada sesiapa yang singgah membaca post ni, sama-sama kita muhasabah diri. mungkin ada yang perlu diperbaiki, mungkin ada yang perlu dikongsi. luangkan masa seketika, tanyalah diri, adakah bersedia sudah untuk menghadapi mati yang mungkin akan datang selepas ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Nerve and Muscle - Definition

23/09/2011

O depth     : diff btween oxygen needed and oxygen available
starling law : force of contraction of muscle is DP to its initial lenght..
rigor mortis : stiffness of the muscle which occur after death without actio potential.
SMT          : contrction followd by relaxation resulting from single max stimulus to the muscle.
exitation contraction coupling : link between mechanical and electrical change in the muscle
myasthenia gravis : easy fatigueability of muscle, heridatoty disease.
excitability : ability of any living tissue to respond to a stimulus.
stimulus : any change in the internal or external environment surrounding a living tissue that cause it to respond.

STRENGHT DURATION CURVE:
Rheobase (R) : minimal intensity of a stimulus that can stimulate
utilization time (T) : time needed by threshold stimulus to stimulate.
Chronaxie (C) : time neede by a current of a double the rheobase intensity to stimulate
minimal time (t) : minimal duration required for stimulation

subthreshold : local excitatory state
threshold @ more : action potential & nerve impulse

nerve impulse : physico-chemical disturbance produced by a stimulus of threshold intensity or more

RESTING MEMBRANE POTENTIAL RMP : potential diff between outer and the inside of the nerve fibr
ACTION POTENTIAL : series of electric change that accompany the nerve impulse.

 THE MUSCLE
Skeletal muscle : muscle attached to skeleton
Cardiac muscle : fiber that are present only in the heart
Smooth muscle : fiber are present in hollow viscera and blood vessel.



1- Skeletal muscle
Sarcolemma : muscle fiber membrane
Sarcoplasm : cytoplasm of the muscle fiber
Sarcomere : contractile unit of the skeletal  muscle fiber. Extend from Z-Z line
Cross bridge : small projection from surface of the myosin filament, they interact with actin causing contraction

Abah ^^ ~

21/09/2011

Assalamualaikum.

dalam kejauhan,
terkenang satu wajah,
wajah yang selalu tenang,
tersenyum walau didalam kesusahan.

sungguh aku mengerti,
bahawa diri ini perlu sabar,
walaupun berjauhan dari mu
demi cita-cita ku sendiri,
dan harapanmu yang besar.

dalam doaku kau akan selalu,
dirindui dan disayangi,
kerana memang kewajipanku,
mendoakan mu siang dan malamku.

Mohd Zaidi b. Mahmood
my story with him : ~

it start when he married my mom, Rabiah bt. Yusuf at 4th of November 1991.
i was born 1year and 27 day after that.
a life with you that god gave me is the most wonderful and most precious present from Allah to me.
to be beside you is so amazing. 
miss all the moment together~

u are the one who bought me my handphone.
and i'm so sorry for misuse that. hehe

u are the one who bought me my first boot.
adidas predator always be my best. 

u also the one who bought me my first badminton racket.
victor is my best racket till now.

 i'm still remeber that u gave me my first watch.
even i cant read or use it when i'm 5years old,
it still nostalgic to me.
that watch and the book with it also.

u gave me everything, 
shelter, pocket money, education, clothes,
and the best one is,
u gave me LOVE~

tq Abah for all your support and sacrifice for me for all this time.
and sorry for all my mistake,my wrong being toward you before
you  are the greatest dad in the world.
love u so much~ 

p/s : umi jgn deki, nati abe wak ko umi pulok~hehehe 
 <3 u all~ ^^ 

Hello Exam!

20/09/2011

Assalamualaikum. 
beribu ampun dihulurkan.
ketiadaan post2 baru kebelakangan ni.
so busy recently. lots of book to read. lots to remember.
biochemistry, physiology, histology and anatomy.
have to save them in mind..O.o

still more to come even one have finished.
Alhamdulillah, biochem finished today. 
so far all goes well. 
and for coming exam which is physio,
lot to prepare. and lots to study.huhu

physiology in 26th of september for writting exam.
27 @ 28 for oral and practical.
of course the exam hall this time will full. haha

lepas physio, histology.
yang akan terjadi betul2 selepas physiology.
29 september. 
nak cari mana masa nak study 1 buku dalam masa lebih kurang 24jam?
 have to be super express. hee

anatomy pulak lepas histo.
5.oktober. kali ni, 5 buku kot dalam masa 3 hari.
sebab histo habis semua skli pada 3.okt. 
super duper express!!!  

last one is Al Quran.
of course syafawi and tahriri.
syafawi kena exam skali lagi. dont know why. 


thats all i thought for examination period. 
do pray for us. ^^
insyaAllah everything will be great. 
Assalamualaikum.


-usaha.tawakkal.redha-


jalan - jalan. makan - makan. Raya!

09/09/2011

 السلام عليكم
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-54 
buat semua  rakyat Malaysia, tanah air tercinta.
walaupun hari kemerdekaan tiba, namun Hari Raya Aidilfitri lebih mendapat sambutan rasanya. 
kerana penat lelah setelah sebulan berpuasa lebih terasa
daripada penat lelah para pejuang dulu-dulu negara memperoleh kemedekaan .
walaupon begitu, jasa mereka tetap di hati kita kan? insyaAllah..
terutamanya Mat Indera yang meniti di bibir semua pembaca akhbar akhir-akhir ini
terutamanya UTUSAN.
Semoga roh-roh mereka di cucuri Rahmat Allah sentiasa.
AL - FATIHAH

Hari raya = Rumah Terbuka
kalau hari raya datang, mesti semua orang sibuk nak wat rumah terbuka.
memang sibuk kalau wat rumah terbuka. tp Alhamdulillah kepuasan terasa. 
biasa je kalau ade rumah terbuka kat Malaysia sebab semuanya diuruskan oleh mereka yang berpengalaman. Makcik2, pakcik2, atuk2, nenek2 yang buat semua. warga muda tolong habiskan je..hehe 
Alhamdulillah, Raya di perantauan mengajar banyak benda.
sebelum ni xpernah buat satay, kali ni dapat buat sdiri.
kalau sebelum ni makan nasi dagang yang dah siap, kali ni dapat buat sdiri nasi dagang. 
that how indipendent teach us the world. 

dan syukur kepada Allah untuk kesempatan dan keluangan yang diberikan 
sehingga berjaya jugak akhirnya wat open house sdiri. :)

cam biasa, jom tgk gambar! 
kali ni, SLR version. 

pertandinga tebar roti canai.

Nasi dagang perantau kot..





setelah beraya di RKL.




kek ni best!

hari raya pertama - Rumah Kelantan Baru (RKB)
hari raya kedua - Rumah kelantan Lama (RKL)
hari raya ke-9 - Rumah terbuka PMRAM
hari raya ke-10 - Rumah Terbuka PERUBATAN

sekian untuk kali ni rasanya.
insyaAllah, post lain akan menyusul samada dari saya IlhamHakimi atau EqbalFaiz.
Assalamualaikum.

- Syawal dirai penuh variasi, tarbiah Ramadhan jgn dilupai -

Hari Raya kami diperantauan.

01/09/2011

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillahi rabbil alamin.. setelah sebulan kita berpuasa, akhirnya fajar syawal menjelma. disambut dengan takbir, tasbih, dan tahmid kepada Ilahi. wajah keriangan jelas terpancar pada setiap wajah yang bergelar muslim tidak kira yang kaya mahupun miskin, tua mahupun muda.

Selepas perutusan hari raya di ishtiharkan, maka, tersebut lah kisah para pelajar yang berada di perantauan, yang hari raya nya tidak sama dengan mereka yang berada di samping keluarga yang tersayang di Malaysia. sedikit berlainan tetapi penuh dengan keceriaan. walaupun ada di antara mereka tidak rela, tetapi kehadiran sahabat disisi sebagai pengganti jelas menghilangkan segala duka di hati.

inilah kisah sesetengah pelajar Kelantan di perantauan. actually, this is my story~
bermula pada hari ke-29 Ramadhan. ditaklifkan sebagai AJK masakan di Rumah kelantan Baru ( RKB ) bersama Eqbal Faiz, Muhd Ashraf dan W.M.Nazim (CEO) bersama2 beberapa lagi pelajar. bermula lepas zohor, bermula tugas. untuk menyiapkan lebih kurang 3000 batang satay. Alhamdulillah semua berjalan lancar sehingga kepada proses membakar. siap lbih kurang pukul 8 pagi. di ketuai Us. Amin.

sesi foto, jom pakat tengok...

sedang ber'satay'

khusyuk siye daging

tokey roti canai blajar wak satay..hee

Us min (bos), makjim (CEO)

jom makan tomyam!

selesai solat hari raya

red warrior ada dimana2..GKG!!

pelajar Perubatan Azhar beraya bersama.

no caption.

basuh-basuh

selero molek Us. Abu

pengarah Program berjiwa rakyat.. solute!

2 lah diari pelajar Kelantan di Mesir. penuh keceriaan walaupon beraya berjauhan degn keluarga tersayang. semoga ukhuwah yang di bina akan kekal selama-lamanya. insyaAllah.