DoTA 2 HD Wallpaper

28/10/2013

Here some of the wallpaper to all Dotarian! hehe :) enjoy..!











click here for more..!

cc to original uploader :)

Selamat Pengantin Baru, Fauzan & Anati

09/09/2013

Fauzan,
Pojan,
Jan,

kita kenal baru 3 tahun kan?k xsmpai?xpelah..same je..
tpi rasa macam dh lama.. mcm kenal dri kecik lgi..
btw, post ni bukan nak luah perasaan k hape.. saje nak berkongsi.. hehe :)

kalau dlu, ad org ajak tgk bola,mgkin lps ni dah xde..
xpe, aku tgk bola streaming kt umah jela.. tahun depan pon FIFA..

kalau dulu kau slalu ajak makan time lapar, mgkin lps ni dah bertukar tukang ajak..
xpe, aku akan selalu masak kt rumah dh lepas ni, bleh jimat.. hahaha

and kalau biasa ada projektor tgk movie kt rumah, mgkin tu la kali terakhir layan muvie/RUNNINGMAN gna projektor..
xpe, nnti aku beli la 1.. haha

kalau biasa lepak costa coffee/d'cappucino utk habiskan duit, mgkin jap lagi aku g ngn toni jela kot.. haha

tapi biasala hidup ni akan terus berjalan, maju dan terus maju kehadapan..
apa yang semalam kita dapat, mungkin esok kita dapat lebih lagi..
jika semalam kita keseorangan, mungkin esok ada peneman di sisi yang setia.. ^^

so, kau dah start, mgkin lepas ni rmai yg akan menyusul, amin, hamdi, cerah, keba :)

and kitorang akan jadikan kau sebagai role model.. be aware~

untuk kesekian kalinya,

Selamat Pengantin Baru untuk Pojan dan Anati.. semoga berbahagia hingga keakhir hayat dan kesyurga :)

p/s:
fauzan, jaga bini baik2..
anati, jaga pojan baik2.. n jgn jelez plak tentang kami ye.. hahaha :)


Bahtera yang belayar di samudera itu bukanlah selamanya tenang,
ada ketika badai menghempas,
ada ketika ribut melanda,
dan jadilah kamu nahkoda,
nahkoda yang membawa bahtera ke daratan,
ke haluan yang tenang,
walaupon jalannya dihiasi duri selautan,
semoga engkau berjaya wahai ketua :)
Aminnn~


 

2 more 2 go 2 home.

15/06/2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah wa syukru lillah..
harini done 6th paper.
Microb.
semuanya berakhir dengan tangisan.
gembira, atau sedih. tidak siapa tahu.

"Succes is how high you bounce when you hit the bottom" - General Patton

"When life knock you down, you have two choices, stay down or get up" - Tom Krause

tinggal lagi Parasitology ngn Al Quran.
kemudian masing masing dah merancang perjalanan.
pulang, makan angin, umrah, semua ada.
semoga itu yang tebaik untuk kalian.

saya insyaAllah akan balik.
tpi tiket xbeli lagi..
tunggu~

"family is the most important thing in the world" - Princess Diana

PERUBATAN Cawangan Al-Azhar

09/03/2013

Assalamualaikum..

9.3.2013

hari ini pada 2008 terbentuk kerajaan malaysia selepas PRU12,
tpi harini bukan itu,

tapi hari ini adalah,

tarikh dimana bermulanya satu kerajaan baru,
kerajaan di bawah khilafah PERUBATAN..
kerajaan PERUBATAN Al-Azhar As-Sharif.

tiada pengalaman berdiri sendiri,
seperti pelajar baru masuk asrama,
tak pernah terpisah dengan 'Ibu' dan 'Ayah'.

tetapi,
kenangan bersama xkan menjadi kesedihan,
malah akan menjadi satu kekuatan untuk kami belajar darinya..
kerana kami tahu,
perpisahan ini bukanlah total,
hanya lebih kepada belajar dan pengalaman,
kerana mereka masih lagi ada di sisi untuk membantu, memberi tunjuk ajar..

berdiri sendiri bukanlah satu perkara yang mudah,
bukan juga suatu perkara yang terlalu susah,
kerana, apa yang paling penting adalah seluruh ahlinya memberi kerjasama..
dan saling membantu, untuk Al Azhar kita..

tiada lagi perpecahan!

Dentist dan Perubatan..

2 Fakulti yang nampak berbeza tapi pada hakikatnya sama..
Ayuh kita bersama-sama dan bersatu..
kerana beebeza membuat kita unik dan rare bila bergabung! :)
hehe..

akhir kalam,
seeru alaa barakatillah..
ayuh kita! ini kalilah!
bersama2 bersatu untuk al azhar tercinta!

like this link :

PERUBATAN Cawangan Al Azhar

"PERUBATAN sebagai wasilah, Allah sebagai Ghayah"

Keberkatan dalam belajar dan Adab - adabnya.

18/02/2013

Assalamualaikum..

tertarik dengan kalam "Kitab Al wajhi" seorang akhi..
sama2 kita berkongsi..

Kata Imam al-Shafiiy:
"Apabila kamu tidak tahan menanggung lelahnya belajar,
Maka kamu akan menderita menanggung peritnya kebodohan."

Menuntut ilmu bukan senang..
Bahkan memerlukan pengorbanan yg berpanjangan.
Kemungkinan mengambil masa brtahun2 untuk menjadikan sseorg itu pakar dlm bidang yg diceburinya.
Namun, bagaimanakah para ulama' dahulu kala dpt menjadi Faqih dlm ilmu agama walaupun ketika itu umur mreka masih muda?

Itulah yg dinamakan KEBERKATAN..
Keberkatan yg lahir apabila seseorg itu ikhlas dlm menuntut ilmu.

Dan utk memperoleh KEBERKATAN, perlulah ada ADAB-ADAB dlm menuntut ilmu ^_^

Hari khamis yg lpas, Ustaz Ahmad Fahmi ada mnyebutkn beberapa adab yg perlu ada pd stiap pelajar dlm mnuntut ilmu. Antaranya:

1. Memilih waktu yg sesuai utk blajar, antaranya ialah selepas Subuh, selepas Maghrib dan selepas Isya.
2. Memilih hari yg sesuai, antaranya ialah pd hari Isnin dan Khamis.
3. Belajar pd usia muda.
4. Tidak terlalu kenyang dan tdk trlalu lapar ktika blajar.
5. Afdal belajar di masjid.
6. Tajdid niat sblm blajar. "Kemungkinan sesuatu amalan yg besar itu menjadi kecik, hnya disebabkan NIAT. Dan kemungkinan sesuatu amalan yg kecik itu menjadi besar, hnya disebabkan NIAT seseorg itu."
7. Jgn bertangguh. Tiada istilah 'waktu kosong'.
8. Berikan 100% fokus pd ilmu.
9. Bersungguh2 utk mencari makanan yg halal.
10. Pilih kawan yg baik.
11. Menguasai ilmu fardu ain dahulu sblum mnguasai ilmu yg lain.
12. Tidak boleh bersikap pemalu dlm mnuntut ilmu.
13. Sentiasa memelihara wudhu'.
14. Alat tulis jgn diletakkan di ats lantai, krana ianya MULIA disebabkan ianya adalah alat utk mencatat ilmu.
15. Sntiasa bersiwak, lbih2 lg sblm solat.
16. Kitab jgn diletakkan di atas lantai, sbaliknya letakkan ia di ats riba.
17. Jgn lipat kitab agama, sebaliknya gunalah penanda buku.
18. Jgn mencampurkan sesuatu kitab dgn kitab yg lain, sebaliknya asingkanlah stiap satu kitab tersebut.
19. Apabila berada di dlm sesuatu majlis ilmu; pastikan kita kurangkan berdehem agar tdk mengganggu guru dan org di sekeliling.
20. Perlahankan bersin.
21. Tutup mulut ketika menguap.
22. Elakkan bersandar pd dinding ataupun tiang.
23. Menjadi pendengar yg baik. Bykkan mendengar drpd bercakap.
24. Adab bersama syeikh; pastikan kita jgn memotong kalam syeikh sblm beliau menghabiskan kata-katanya.
25. Buat spt kita baru tau ilmu yg diajarkan oleh syeikh sbentar td.
26. Cari apa2 shaja jalan utk menggembirakan syeikh, sama ada memberikan hadiah dan sbagainya.
27. Tdk menggunakan perkataan "anta" pd syeikh, sbaliknya gunakanlah perkataan "antum".
28. Berlapang dada di dlm majlis. Berikan ruang pd mereka yg baru hadir.
29. Kita yg memulakan membri SALAM pd syeikh, bukan syeikh yg terlebih dahulu memberikan SALAM pd kita.
30. Perlu mmpunyai smangat yg tinggi dlm menuntut ilmu!

* Ambik kertas, kemudian listkan semua adab2 ini. Agak2, brapa byk yg dah kita laksanakan?

* ALLAH tdk melihat pd PENCAPAIAN kita, namun Dia melihat pd USAHA kita!



Syukran akhi Imran Kasran..


Dikir Seni Warisan Generasi Perubatan

04/02/2013

Assalamualaikum..
tgk dh dikir Malam Amal PERUBATAN baru ni?
xtgk lagi? 
hoh, ni ad video dy..hehe

Enjoy ore kapung ambo oyak! 


Lirik ada so jah, so lgi kito xjupo cari, maah la deh..hehehe


Lirik Tanah Bergolak (Lgu ke 2)

Tanah bergolok pelestin dan syria
air mata raso berline
ingat saudara disana
sesama islam dugaan sungguh kuat
banyak hari tok make
semua hok tuhe buat

Pergolokan dunia melanda disana
tiada sebab untuk diserang
kekajaman mereka amat barat
ramainya mati tidak dapat dibilang

Serangan zionis tidak dijangka
peluru sesat mari sekelip mato
banyaknya hilang harta benda
sehelai sepingge hidup terseksa

Beribu-ribu jadi terkorbe
teraso pilu mata memandang
ayah dan ibu anak tersayang
dibunuh kejam tanpa belas kasihan

Ramai terkorban meninggal keluarga
belas kasihan tok berair mata
musuh islam sungguh bahaya
sampai sekarang tidak akan lupa

Mari bersatu kita kita doakan
biar berlalu dalam ingatan
apa yang perlu kita salurkan
samo membantu memberi sumbangan

Boikot!!

31/01/2013

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..

malam yg dinanti telah berakhir dengn gemilangnya..
kerjasama dan sambutan amat menggalakkan..
ya!
itulah kamu semua,
warga PERUBATAN!

walau ada rasanya yg xsempat mnyertai program malam amal
sebab pendaftaran dh penuh,
tpi kerana anda juga lah program ini berjalan dgn jayanya.. (fahamke?)

Semoga semua usaha kita diberkati Allah..
hanya Allah yg mampu membalas jasa antum semua..

tadi mc ada ckp psl boikot.. tertarik dgn hal ni..

kenapa kena boikot? kalau boikot pon, apa jadi..? org lain ramai lg guna produk yahudi tu..
kalau kita je yg boikot pon xjadi apa jgk..


Ingat Lagi Cerita Burung Kecil dan Nabi Ibrahim?

Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, ada seekor burung kecil comel yang menonton peristiwa itu, lalu terus terbang berulang-alik mencari air. Burung kecil itu menyedut dan mengisi air di dalam paruhnya lalu dilepaskannya ke atas unggun api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Itulah yang dilakukannya berulang-ulang kali, sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. dikeluarkan daripada api.

Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lantas bertanya kepada burung kecil itu, "Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"

Lalu dijawab oleh burung kecil, "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri, Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak! Aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, kelak di hadapan Allah aktu tidak akan dipertanggung-jawapkan kerana aku telah berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman!"

fahamke? dpt apa yg kena mngena boikot dgn kisah ni? 

walau kita xmampu mengubah apa2 dgn mmboikot, tpi cukuplah sekadar kita sdh berusaha untuk mmbntu sahabat2 kita yg dizalimi di sana.. :)


panjang post ni, jom tgk gambar plak.. hehe =)



















best moment, time lelongan.. hehe :)

Assalamualaikum~


PWtC, Malam Amal PERUBATAN

Assalamualaikum,

31 Januari 2013..
bersempena ngn PWtC,
akan diadakan Malam Amal PERUBATAN di Sally Mall, Madinah Nasr..

ce tengok kat poster tu tulis ape.. hehe :)




Sally Mall kat mana? tgk peta ni.. hehe



sama2 kita jayakan.. betulkan niat, dan selalu berselawat..
sama2 menghayati penderitaan sahabat2 kita di sana.. 

Palestin
Syria
Rohingya

wa fi kulli makan..

Semoga Usaha kita diberkati Allah~

We Love Rasulullah, Antara Cinta & Tanggungjawab

29/01/2013

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian, ceramah yg disampaikan oleh Ust. Syed Abdul Kadir Al-Jofree sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Organisasi PERUBATAN Universiti (OPU) Al-Azhar..


Alhamdulillah.. malam yg penuh bermanfaat untuk semua bersama beliau.. :)


Antara tanda-tanda cinta akan Rasulullah..
- Secara umumnya, mengutamakan Nabi dalam setiap aspek kehidupan..

- Secara khususnya,
 1- Mengikuti sunnah2 Nabi, dan meninggalkan apa yang Nabi larang..
 2- Selalu menyebut nama Rasulullah dan selalu bercerita tentang baginda..
 3- Merasai kehebatan/izzah Baginda..
 4- Berasa rindu untuk bertemu dengan baginda.. 
 5- Menyukai dan menyayangi apa yang Rasulullah sayang dan membenci apa yang baginda tidak suka..
 6- Amalkan apa yang Nabi suka iaitu membaca Al-Quran.

dipetik dari Kitab AS-Syifa.. (bukan As Syifa')

"Cinta tanpa perbuatan bukanlah cinta..kerana cinta itu bermakna tanggungjawab"
"With great love come a great responsibilities"
" Jadikan Nabi hidup dalam hati kita"
" Jangan kita shja yg bangga akan Rasulullah, malah biar Rasulullah juga bangga dengan kita menjadi umat baginda"

"semua org boleh cakap, tapi bukan semua org boleh buat apa yg dicakap"

"Ssiapa yg menghidupkan sunnahku, dy mencintai aku, dan sesiapa yg mencintai aku, maka dy akan bersamaku di syurga"

12 Rabi'ul Awal

24/01/2013

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam Maulidur Rasul..

Hari ini pada lebih kurg 1474 tahun yg lalu, 
kita semua sudah maklum akan kelahiran Seorg Manusia Agung.. 
kita adalah kekasihnya.. 
dan Baginda adalah segala2nya untuk kita..

Allah~
Allah~ 
Allah~

sekadar perkongsian untuk sahabat2..

copy and paste dari FB..


"Wajib" di baca dengan nada yang sedih. Pasti menitis air mata mu, sebagai mana Para Sahabat Sayangnya Baginda Rasullulah SAW.

................... ............ .......... ........
Lelaki - lelaki yang sweet terhadap orang yang di
cintai.

1) Mu’adz bin Jabal yang menjerti dan menagis
teresak-esak sehingga beliau pengsan oleh sebab
dapat berita tentang kematian Rasulullah SAW.

2) Rasulullah telah patah gigi di dalam perang
Uhud, berita itu sampai ke Awais dan Awais di
rumahnya sanggup mematahkan giginya sendiri
kerana hendak merasai apa yg Rasulullah telah
rasai.

3) Ada seorang pedagang minyak wangi, di
Madinah. Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah
dulu ke rumah Rasulullah Saw, dia tunggu sampai
Rasulullah keluar. Setelah Rasulullah keluar, dia
hanya mengucapkan salam lalu memandang
Rasulullah saja, setelah puas dia pergi. Suatu hari
setelah dia ketemu Rasululllah dan dia pergi, lalu
tak lama kemudian balik dari pasar dan dia datang
kepada Rasulullah Saw dan meminta izin, “Saya
ingin melihat engkau ya Rasulullah, karena saya
takut dan tidak sanggup tidak dapat melihat tuan
seperti ini lagi.”

4) Abu Ayyub Al-Anshari. Ketika Rasulullah hijrah
ke Madinah, beliau beristirahat dahulu di pinggiran
kota menginap di rumah Abu Ayyub Al-Anshari.
Rumahnya itu dua tingkat, Abu Ayyub dan istrinya
di tingkat atas dan Rasulullah Saw di bawah. Pada
malam hari Abu Ayub dan istrinya tidak sanggup
tidur karena mereka takut menggerakkan tubuhnya,
semua terbujur seperti sebongkah kayu menahan
dirinya untuk tidak bergerak. Mereka takut kalau
bergerak, nanti debu-debu dari atas itu berjatuhan
kepada Rasulullah. Setelah Rasulullah mengetahui
hal itu, beliau sangat terharu lalu kepada Abu Ayub
diajarkan sebuah doa sebagai penghargaan beliau
atas cinta yang tulus dari Abu Ayub.

5) Dalam perang Uhud, ketika kaki Rasulullah
terluka, ada seorang sahabat melihatnya lalu
mengejar Rasulullah. Dia pegang kaki itu lalu dia
bersihkan luka itu dengan jilatannya. Rasulullah
terkejut lalu berkata, “Lepaskan! Lepaskan!”
Sahabat itu berkata: “Tidak Ya Rasulullah, aku
tidak akan melepaskannya sampai luka ini kering!”

6) Rasulullah sedang membariskan pasukannya
karena Rasulullah selalu merapikan barisan
pasukannya. Ternyata ada seorang sahabat,
mungkin karena perutnya terlalu besar, selalu
perutnya itu berada di luar barisan. Kemudian
Rasulullah datang dan memukul perutnya itu agar
dirapikan dengan barisan. Lalu sahabat itu
memandang Rasulullah dan berkata: “Engkau
diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam,
kenapa kau sakiti perutku?” Lalu Rasulullah turun
dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu,
lalu berseru: “Pukullah aku! Sebagai qishas atas
kesalahanku.” Kemudian orang itu berkata: “Tapi
engkau pukul langsung kepada kulit perutku.” Lalu
Rasulullah segera membuka pakaiannya, tiba-tiba
sahabat itu memeluk Rasulullah dan mencium
perutnya. Rasulullah terkejut dan berkata: “Ada
apa denganmu?” Sahabat itu menjawab: “Ya
Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh,
mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaanku
denganmu. Saya ingin sebelum meninggal dunia,
sempat mencium perutmu yang mulia.”

7) Bilal yang selalu adzan semasa hidup
Rasulullah tidak mau beradzan lagi setelah wafat
Rasulullah karena Bilal tidak sanggup
mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad
Rasululah” karena ada kata-kata Muhammad di
situ. Tapi karena desakan Sayyidah Fatimah yang
saat itu rindu mendengar suara adzan Bilal, dan
mengingatkan beliau akan ayahnya. Bilal akhirnya
dengan berat hati mau beradzan. Saat itu waktu
Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat
Asyhadu anna Muhammad Rasulullah, Bilal tidak
sanggup meneruskannya, dia berhenti dan
menangis terisak-isak. Dia turun dari mimbar dan
minta izin pada Sayyidah Fatimah untuk tidak lagi
membaca adzan karena tidak sanggup
menyelesaikannya hingga akhir. Ketika Bilal
berhenti saat adzan itu, seluruh Madinah
berguncang karena tangisan kerinduan akan
Rasulullah Saw.

8) Seorang budak bernama Tsauban sangat
menyayangi dan hatinya selalu merindukan
Rasulullah Muhammad SAW. Sehari saja tidak
bertemu Nabi, rasanya seperti setahun baginya.
Kalau bisa dia ingin bersama Rasul setiap waktu.
Karena jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat
sedih, murung dan seringkali menangis. Demikian
juga yang dilakukan Rasulullah terhadap Tsauban
begitu mengetahui betapa besarnya kasih sayang
Tsauban terhadap dirinya. Suatu hari Tsauban
berjumpa Rasulullah SAW dan berkata, “Ya
Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, saya
sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu
denganmu walaupun sekejap. Jika sudah bertemu
barulah hatiku menjadi tenang dan gembira sekali.
Apabila memikirkan akhirat, hati ini bertambah
cemas dan takut kalau-kalau tidak dapat bersama
denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga
yang tinggi. Sedangkan saya belum tentu, entah di
syurga paling bawah atau yang paling
mencemaskan, kemungkinan tidak dimasukkan ke
syurga langsung. Jika demikian, tentu saya tidak
akan bertemu denganmu lagi.” Rasulullah amat
terharu mendengar perkataan Tsauban. Namun
beliau tidak dapat berbuat apa-apa karena balasan
surga atau neraka bagi setiap hamba itu hak dan
urusan Allah. Maka setelah peristiwa itu, turunlah
wahyu kepada Rasulullah SAW yang berbunyi;
“Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya),
mereka itu akan bersama-sama dengan orang-
orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu:
nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati
syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah
teman yang sebaik-baiknya.” (QS An Nisaa’:69).
Mendengar jaminan itu Tsauban pun tersenyum.
Hatinya menjadi tenang dan gembira kembali. 

hello and listen! :)

16/01/2013

Assalamualaikum~ :)

memang lama xpost kt benda ni.. sory, mmg susah nk pegang komitmen~ :D

sekarang ni, tengah exam midyear utk 3rd year.. mintak doa kalian2 semua.. td dah lepas parasit, n hari ahad akn ada pharmacology then last skli hari rabu, microbiology..

semoga semua dijaga Allah..

xnk tlis pnjg2, ssh nk baca~ hehe :)

ade 1 perkongsian.. hayati quote ni..