Umi ^.~

30/11/2011

Assalamualaikum wbt. 

dalam kedinginan sang mentari,
aku masih ingat kehangatanmu,
manakan bisa ku lupa, 
kerna hanya dirimu yang benar2 memahami jiwaku.

dalam kesuraman malam, 
masih ku ingat cerianya kamu,
melihat anakmu,
dari sekecil tapak tangan hingga besar tinggi.

dalam doaku, sering saja ada kamu,
kerna hanya itu yang ku mampu,
apabila berjauhan darimu,
hingga membuatkan ku rindu.

ketegasan, kegaranganmu,
semua itu ku teringat selalu,
kerna semua itu sudah sebati denganku,
jiwaku terbentuk dalam didikanmu.

ni la umi. bukan kakak ye..

bunga peneman setia.

this is my beloved mum. i call her Umi. ok, no english. takut nanti umi xpaham. hehe
nama diberi oleh Haji Yusuf dan Hjh Rokiah ialah Rabiah bt. Yusuf. 
Dunia menyasikannya pada 20 April 1970.
berkahwin dengan seorang jejaka kacak bernama Mohd Zaidi b. Mahmood.
pada 4 Nov 1991. ketika berusia 21 tahun. mude lagi. hehe

kalau nak ungkap dalam bentuk perkataan gini, 
sminggu pon xhabis. :)
hanya nak berkongsi cerita dan luahan hati.

tp xtahulah kenapa,
bila teringatkan umi, susah nak kluar ayat2.
hanya terbuku dihati.
mungkin malu?

terima kasih umi atas segala2 nya,.
terima ksih kerana melahirkan abe,
menjaga abe, membesarkan abe,
memberi tempat tinggal,
mendidik, merotan, memarahi,
sentiasa menasihati dan mendoakan anakmu ini.

nak mintak maaf jugak atas semua silap dan salah,
pernah membuat umi sakit hati, sedih, atau macam2 lagi.
biasalah budak2, gapo hop ore suruh susok skit nk dgr.
hehe.

terima kasih kerana menghantar saya ke 
Tadika Pasti,
SRI Aman, 
Maahad Muhammadi Lelaki.
sudah lepas tnggungjawab mu dalam memberi pendidikan kepadaku.
kini hanya aku yang akan membalas jasamu.

dan terima kasih juga untuk tidak selalu mendengar kemahuanku.
kalau tidak begitu, memang aku bukan seperti aku sekarang.
sering ku teringat ayatmu 
"anok2 mikir slakoh dua jah,kito ore tuo mikir 10 lakoh depey anok2"
lepas difikirkan kembali memang benar semua itu.

dan juga terima kasih kerana sering menyuruhku membuat kerja rumah,
basuh kain, lipat kain, basuh pinggan, kemas rumah, memasak, etc..
kerana disini, memang aku sendiri berdikari. 
Aku gembira mempunyai ibu bapa seperti kamu. 
saling melengkapi. saling memahami.

kasih sayang umi akan sentiasa di hati.
walau jauh di negara orang, namun umi tetap dihati.
walau lama x tlefon, umi sentiasa diingati. 
Love u lah~ <3 

u are the best mom in the whole universe. 
semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. 

from egypt with love~

p/s : abe 19 dah. 21 nak tiru supo umi buleh?haha. cepat skit buleh main nga cucu..kik3

Doctor Dota?

27/11/2011

Assalamualaikum wbt. another post after yesterday. yeah. alhamdulillah~ :)

doctor? semua tahu kan ape? yup, doctor perubatan yang merawat pesakit and others la..
this is doctor.




dota? what the? aigoo.. msti ade xtau. dota ni singkatan dari defend of the ancient ( DoTa ). sebuah computer game yang tengah menjadi kegilaan. tengah?or sudah menjadi kegilaan 'berabad' lamenya. haha. so? ape kaitan dota dengan doctor?


this is all dota
this is morphling



ok, hidup dalam suasana dikelilingi para bakal doctor yang bermain dota, benda ni dah macam makanan atau keperluan asas yang perlu @ wajib ada setiap hari. memang dah menjadi rutin. ape nak buat. hahaha

jiwang skit~

me?main jugak but noob one..haha. memang xde bakat. stakat tengok orang main boleh la. semua bermula masa revolusi mesir hari 2. sebelum ops piramid, kitorang berkumpul 1 rumah. then kawan2 start ajar main benda alah ni. skali main, dah mcm drug, jd ketagih..haha.

As a doctor to be (insyaAllah), masa seharian sebenarnya xcukup untuk sekadar main game. seriously, most of time waste when start 'dota'ing. 1 game lebih setengah jam, and kalau start main, mau 3,4 game.. so, at least 2 jam abih macam tu je. time untuk study pon semakin berkurang. tu tak kire lagi time nak layan korea, nak layan HOUSE, Usrah, bersukan ape smua. haha



second year memang lagi susah. of course la sbb dah makin tua. tp masa untuk study xpernah bertambah, malah semakin berkurang ( nauzubillah ). datang mesir nak belajar, bukan nak main game. tapi as long we know how to manage our time well, then there is no problem. kot. and as long as final lulus, ok la. hehe
 
kita semua pernah main, so, xleh nak marah sape2. As a muslim, memang menjadi tugas kita untuk sentiasa mengingati antara satu sama lain. juga menerima teguran dengan sebaiknya. insyaAllah. kalau na4 main 2 pelik sangat, tegurla. jangan sampai permainan 2 melalaikan.

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dikalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dikalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri, seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." [ Imam Hassan Al-Basri ] 

 إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri."[ Ar Ra'du : 11 ]

harapkan perubahan?semua bermula dari anda.

tu je smua kot untuk kali ni. insyaAllah akan ada yang akan datang. ilal liqa' :) Assalamualaikum!

Maal Hijrah 1433H

26/11/2011

Assalamualaikum wbt. Salam Maal Hijrah 1433H, Salam Awal Muharram, dan Selamat Tahun Baru bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia.

1432H sudah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan, manis dan juga pahit. semoga setiap kenangan menjadi pengalaman dan pengajaran bagi kita untuk melangkah di tahun baru yang pasti mencabar dan lebih berliku.

Tahun ini, genap 1433 tahun Hijrah pertama Rasulallah S.A.W dari Mekah ke Madinah bersama umat islam dan para sahabat bertujuan untuk menyelamatkan Islam dan juga satu perintah yang diterima oleh Allah. Banyak hikmah dan pengajaran yang bakal diperoleh dari peristiwa agung dalam sirah Rasulallah ini kepada mereka yang sentiasa berfikir.

Diharap semua antara kita dapat mengharungi tahun baru dengan jayanya dan kemaskan azam, kuatkan tekad demi menjadi hamba Allah yang bertaqwa, beramal, dan berjaya di duna dan akhirat.

Selamat Tahun Baru 1433H.

Sang Harimau Bangkit Di Bumi Garuda

21/11/2011


Assalamualaikum.. salam kegembiraan buat seluruh rakyat Malaysia selepas 'ibu' segala pingat emas Sukan Sea di Indonesia kali ini sekali lagi berjaya dimiliki oleh team bola negara kita.. harimau muda ternyata lebih matang mental dan fizikal jika dibandingkan dengan anak kecil sang garuda.. 90minit tempoh permainan ditambah 30 minit masa tambahan memang sesuatu yang berliku buat skuad negara sebelum meraih kemenangan menerusi sepakan penalti.

ditinggalkan 1-0 bukan pengakhiran buat anak muda Malaysia kerana Asraruddin berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke berapa ntah, xigt.. hehehe.. harus diberi pujian kepada barisan pemain kerana improvement yang ditunjukkan terutama pada bahagian pertahanan.. ibarat payung yang xmampu ditembusi air hujan. bukan seperti perlawanan2 sebelum ini. Fadhli Syah, Muslim, Asrarudin, Mahali memang terbaik kali ni.

bahagian tengah jugak memang power. macam2 bola pelik boleh dilihat..hantaran ala2 xavi pon ade. terutama dari kapten pasukan Baddrol Bakhtiar. fandi, Syahrul azwari, wan syahrul nizam, nazmi faiz memang berbakat la katekan. haha. seperti kereta, kalau tiada enjin macamna nak jalan,, bola pon macam tu la. kalau xde tengah, mcmne nak strker nak score.

bercakap pasal striker, mmg xpuas hati. kenapa fackri saarani boleh stay skuad malaysia. dahla main untuk skuad senior dan U23. main kabel k brader?menteri belia sukan pak sedare lu ke?kalau main ok, xdela aku nak melenting. tgk gol untuk semi pon nasib je. dahla nyris membawa nahas bila sepak penalti pon xmasuk.aihhh.. orang lain ramai lagi la boleh main. so, jangan nak salahkan orang lain panggil kau 'bangang abadi'.. izat faris kire ok la skit walaupon memang kadang2 main macam xnampak pintu gol.. tamil arasu : N/A. sory kalau nampak over sbb mmg xpuas hati!

paling menarik perhatian adalah prestasi yang ditunjukkan oleh penjaga gol kebangsaan. Khairul Fahmi Che Mat. xperlu di pertikaikan ketangkasan dan kecekapan beliau. penalty saved was the best of all.. walau macam2 spekulasi sebelum ni, apek tetap steady! meh2 de gea boh.. hahaha! ^^

overall, congratulation for Malaysia Team for this gold medal. no 4 pon xpela..asal menang gold medal untuk bola! GOMO MALAYSIA GOMO! main bia meney sokmo, baru ngapuh nak kelih~

kito main xsey skat sukan sea, kito main bia sapa pringkat dunio. indon kito gomo doh, phni syria plok kito mamoh. hahaha!

tv3 cool~!

u deserve to speak coz u win lastnight..haha

saat2 manis selepas debaran penalti.

gracias messi. 

patah sayapnya di udara
baby garuda


OKS ( ong kim swee )..coach

EidAdha 1432H - Egypt

11/11/2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~

Sorry smua atas ketidak lancaran perjalanan blog.. ada yang cakap blog hidup segan mati xmahu..hahaha
xpe2, biase la 2..bila admin pemalas, begni la rupa blognya.. hahaha.. actually, ada bbrapa masalah sekarang ni, laptop rosak, line internet yang xmenentu 2, 3 hari ni.. tp bila lptop pon dah xok, akan tergendala la smua kerja..haha.. ni pon gna laptop housemate..

rasanya belum terlambat untuk admin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat seluruh umat Islam xkira di mana saja anda berada. terutama buat parents and smua sahabat kat Malaysia.. :)

as usual, raya kat mesir pon meriah jgk macam kt malaysia atau mungkin lebih meriah kerana segala perjalan program korban disempurnakan sendiri oleh mahasiswa dan mahasiswi di sini.

pics time~!!!




















sorry kalau kualiti gambar low.. fotogrper kurang pandai.. hahaha. insyaAllah lepas ni akan post gambar daripada Canon AE1. just wait.. :)  SELAMAT HARI RAYA!! Assalamualaikum~