Keberkatan dalam belajar dan Adab - adabnya.

18/02/2013

Assalamualaikum..

tertarik dengan kalam "Kitab Al wajhi" seorang akhi..
sama2 kita berkongsi..

Kata Imam al-Shafiiy:
"Apabila kamu tidak tahan menanggung lelahnya belajar,
Maka kamu akan menderita menanggung peritnya kebodohan."

Menuntut ilmu bukan senang..
Bahkan memerlukan pengorbanan yg berpanjangan.
Kemungkinan mengambil masa brtahun2 untuk menjadikan sseorg itu pakar dlm bidang yg diceburinya.
Namun, bagaimanakah para ulama' dahulu kala dpt menjadi Faqih dlm ilmu agama walaupun ketika itu umur mreka masih muda?

Itulah yg dinamakan KEBERKATAN..
Keberkatan yg lahir apabila seseorg itu ikhlas dlm menuntut ilmu.

Dan utk memperoleh KEBERKATAN, perlulah ada ADAB-ADAB dlm menuntut ilmu ^_^

Hari khamis yg lpas, Ustaz Ahmad Fahmi ada mnyebutkn beberapa adab yg perlu ada pd stiap pelajar dlm mnuntut ilmu. Antaranya:

1. Memilih waktu yg sesuai utk blajar, antaranya ialah selepas Subuh, selepas Maghrib dan selepas Isya.
2. Memilih hari yg sesuai, antaranya ialah pd hari Isnin dan Khamis.
3. Belajar pd usia muda.
4. Tidak terlalu kenyang dan tdk trlalu lapar ktika blajar.
5. Afdal belajar di masjid.
6. Tajdid niat sblm blajar. "Kemungkinan sesuatu amalan yg besar itu menjadi kecik, hnya disebabkan NIAT. Dan kemungkinan sesuatu amalan yg kecik itu menjadi besar, hnya disebabkan NIAT seseorg itu."
7. Jgn bertangguh. Tiada istilah 'waktu kosong'.
8. Berikan 100% fokus pd ilmu.
9. Bersungguh2 utk mencari makanan yg halal.
10. Pilih kawan yg baik.
11. Menguasai ilmu fardu ain dahulu sblum mnguasai ilmu yg lain.
12. Tidak boleh bersikap pemalu dlm mnuntut ilmu.
13. Sentiasa memelihara wudhu'.
14. Alat tulis jgn diletakkan di ats lantai, krana ianya MULIA disebabkan ianya adalah alat utk mencatat ilmu.
15. Sntiasa bersiwak, lbih2 lg sblm solat.
16. Kitab jgn diletakkan di atas lantai, sbaliknya letakkan ia di ats riba.
17. Jgn lipat kitab agama, sebaliknya gunalah penanda buku.
18. Jgn mencampurkan sesuatu kitab dgn kitab yg lain, sebaliknya asingkanlah stiap satu kitab tersebut.
19. Apabila berada di dlm sesuatu majlis ilmu; pastikan kita kurangkan berdehem agar tdk mengganggu guru dan org di sekeliling.
20. Perlahankan bersin.
21. Tutup mulut ketika menguap.
22. Elakkan bersandar pd dinding ataupun tiang.
23. Menjadi pendengar yg baik. Bykkan mendengar drpd bercakap.
24. Adab bersama syeikh; pastikan kita jgn memotong kalam syeikh sblm beliau menghabiskan kata-katanya.
25. Buat spt kita baru tau ilmu yg diajarkan oleh syeikh sbentar td.
26. Cari apa2 shaja jalan utk menggembirakan syeikh, sama ada memberikan hadiah dan sbagainya.
27. Tdk menggunakan perkataan "anta" pd syeikh, sbaliknya gunakanlah perkataan "antum".
28. Berlapang dada di dlm majlis. Berikan ruang pd mereka yg baru hadir.
29. Kita yg memulakan membri SALAM pd syeikh, bukan syeikh yg terlebih dahulu memberikan SALAM pd kita.
30. Perlu mmpunyai smangat yg tinggi dlm menuntut ilmu!

* Ambik kertas, kemudian listkan semua adab2 ini. Agak2, brapa byk yg dah kita laksanakan?

* ALLAH tdk melihat pd PENCAPAIAN kita, namun Dia melihat pd USAHA kita!



Syukran akhi Imran Kasran..


0 comments:

Post a Comment