Kelantan's Transfer Rumours. 2011/2012

19/10/2011

Assalamualaikum..gano sep TRW blako? bereh dop sep kito lepah kaloh baru ni? mtop2 bereh lako la deh..bare xdop rezki nk wak gno dh.. tahun depey pulok kito gomo!

insyaAllah season depey kito buleh tgok transfer2 baru sep kito. sblm 2 kito tengok dulu khabar2 angin hop akan masuk dan tubik kelate tahun depey ore kapung kato 'rumours' hahaha!

Players in :

Azlan Ismail ( Kedah )
Norfarhan Muhammad ( T-Team )
Amirul Hadi ( Selangor )
Safiq Rahim ( Selangor )
Yong Kuong Yong ( Kuala Lumpur )
Azmi Muslim ( Kedah )
Nizaruddin Yusuf ( Felda United )
Wan Zaharul Nizam ( Harimau Muda A )
Badrol Bakhtiar ( Kedah )

Players Out:


Piya - Selangor
Apex - Selangor
Ramzul - ( - )
Awe - Johor FC
Solehin Kanasian - ( - ) *
Khalid jamlus - ( ATM ) *
(*- Confirm )


confirm :
-Dato' K gati denga Butler
-Subramaniam stay

Pemain import :
-Ckondi Mpulala (Nigeria) kot*
-Jocip Bonacin (Crotia)

Sumber : Rumours Kelantan 2011/2012

termenung seketika.

10/10/2011

Bismillahirrahmanirrahim.. bagai hilang idea untuk menulis. seperti terkaku minda untuk mengukir kata-kata. mengenangkan setiap yang berlaku. pasti ada hikmahnya. walau sudah jenuh mencari dimanakah hikmah tika berlaku sesuatu, mungkin Allah sahaja yang Maha Mengetahui di sebalik semua.

diciptakan aqal bukan untuk menangisi mereka yang xkan kembali, tetapi untuk memberi pengajaran kepada yang masih disini kerana kita semua pasti bersama mereka yang telah pergi. kenapa sibuk memikirkan kiamat yang akan berlaku esok hari kerana mati boleh menjengah bila2 masa. bersedialah dengan iman dan taqwa. berbekalkan semua amalan di dunia pinjaman yang sementara menghadap yang Maha Esa..

mati itu pasti, waktunya juga pasti, tidak dicepatkan walau sesaat dan tidak dilewatkan walau sesaat. sungguh perlaksanaan Allah tiada cacat cela, jauh sekali dari kesilapan. "Ya Allah, akhirilah hidupku aku dengan husnulkhatimah". mati adalah satu rahsia yang tidak satu makhluk pun mengetahui bila datangnya sehingga waktunya. agar manusia sentiasa bersedia, didalam keimanan dan ketaqwaan. maka rugilah mereka yang tiada sedetik pun di hatinya mati. kerana dunia dan nafsu.

bukan diri ini seorang ustaz atau alim untuk berbicara sedemikian tetapi memang kewajipan seorang muslim untuk sama-sama memperingati dan menasihati satu sama lain. walau dengan apa cara sekalipun. ada kala kita bersuka ria, tapi luangkan juga masa untuk menginsafi diri walau seketika. Astaghfirullahal azdhim.~

kepada sesiapa yang singgah membaca post ni, sama-sama kita muhasabah diri. mungkin ada yang perlu diperbaiki, mungkin ada yang perlu dikongsi. luangkan masa seketika, tanyalah diri, adakah bersedia sudah untuk menghadapi mati yang mungkin akan datang selepas ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.