Umi ^.~

30/11/2011

Assalamualaikum wbt. 

dalam kedinginan sang mentari,
aku masih ingat kehangatanmu,
manakan bisa ku lupa, 
kerna hanya dirimu yang benar2 memahami jiwaku.

dalam kesuraman malam, 
masih ku ingat cerianya kamu,
melihat anakmu,
dari sekecil tapak tangan hingga besar tinggi.

dalam doaku, sering saja ada kamu,
kerna hanya itu yang ku mampu,
apabila berjauhan darimu,
hingga membuatkan ku rindu.

ketegasan, kegaranganmu,
semua itu ku teringat selalu,
kerna semua itu sudah sebati denganku,
jiwaku terbentuk dalam didikanmu.

ni la umi. bukan kakak ye..

bunga peneman setia.

this is my beloved mum. i call her Umi. ok, no english. takut nanti umi xpaham. hehe
nama diberi oleh Haji Yusuf dan Hjh Rokiah ialah Rabiah bt. Yusuf. 
Dunia menyasikannya pada 20 April 1970.
berkahwin dengan seorang jejaka kacak bernama Mohd Zaidi b. Mahmood.
pada 4 Nov 1991. ketika berusia 21 tahun. mude lagi. hehe

kalau nak ungkap dalam bentuk perkataan gini, 
sminggu pon xhabis. :)
hanya nak berkongsi cerita dan luahan hati.

tp xtahulah kenapa,
bila teringatkan umi, susah nak kluar ayat2.
hanya terbuku dihati.
mungkin malu?

terima kasih umi atas segala2 nya,.
terima ksih kerana melahirkan abe,
menjaga abe, membesarkan abe,
memberi tempat tinggal,
mendidik, merotan, memarahi,
sentiasa menasihati dan mendoakan anakmu ini.

nak mintak maaf jugak atas semua silap dan salah,
pernah membuat umi sakit hati, sedih, atau macam2 lagi.
biasalah budak2, gapo hop ore suruh susok skit nk dgr.
hehe.

terima kasih kerana menghantar saya ke 
Tadika Pasti,
SRI Aman, 
Maahad Muhammadi Lelaki.
sudah lepas tnggungjawab mu dalam memberi pendidikan kepadaku.
kini hanya aku yang akan membalas jasamu.

dan terima kasih juga untuk tidak selalu mendengar kemahuanku.
kalau tidak begitu, memang aku bukan seperti aku sekarang.
sering ku teringat ayatmu 
"anok2 mikir slakoh dua jah,kito ore tuo mikir 10 lakoh depey anok2"
lepas difikirkan kembali memang benar semua itu.

dan juga terima kasih kerana sering menyuruhku membuat kerja rumah,
basuh kain, lipat kain, basuh pinggan, kemas rumah, memasak, etc..
kerana disini, memang aku sendiri berdikari. 
Aku gembira mempunyai ibu bapa seperti kamu. 
saling melengkapi. saling memahami.

kasih sayang umi akan sentiasa di hati.
walau jauh di negara orang, namun umi tetap dihati.
walau lama x tlefon, umi sentiasa diingati. 
Love u lah~ <3 

u are the best mom in the whole universe. 
semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. 

from egypt with love~

p/s : abe 19 dah. 21 nak tiru supo umi buleh?haha. cepat skit buleh main nga cucu..kik3

1 comments:

nadhirah nashit said...

muda nye umi die...hargailah umi kita selagi mereka hidup..umi2 ni tak pernah pn nk mnx byrn blk ngn kta lps dorg bnyk mlabor utk kita..

"biar mati adat, jgn mati anak"

Post a Comment