Maal Hijrah 1433H

26/11/2011

Assalamualaikum wbt. Salam Maal Hijrah 1433H, Salam Awal Muharram, dan Selamat Tahun Baru bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia.

1432H sudah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan, manis dan juga pahit. semoga setiap kenangan menjadi pengalaman dan pengajaran bagi kita untuk melangkah di tahun baru yang pasti mencabar dan lebih berliku.

Tahun ini, genap 1433 tahun Hijrah pertama Rasulallah S.A.W dari Mekah ke Madinah bersama umat islam dan para sahabat bertujuan untuk menyelamatkan Islam dan juga satu perintah yang diterima oleh Allah. Banyak hikmah dan pengajaran yang bakal diperoleh dari peristiwa agung dalam sirah Rasulallah ini kepada mereka yang sentiasa berfikir.

Diharap semua antara kita dapat mengharungi tahun baru dengan jayanya dan kemaskan azam, kuatkan tekad demi menjadi hamba Allah yang bertaqwa, beramal, dan berjaya di duna dan akhirat.

Selamat Tahun Baru 1433H.

0 comments:

Post a Comment