Dr. Mursi presiden Mesir

25/06/2012

Assalamualaikum..
sorry lme xupdate.. tgh exam..mcm ni la jadik..xsmpat nk jaga..hehe

24.6.2012..
mungkin tarikh ni tidak ada makna sebelum ni, dan pasti akan menjadi satu tarikh yang tidak dpt dilupakan selepas ini.. sama keramatnya seperti 25 January 2011.. bagi yang xtahu, 25 january adlh hari kejatuhan rejim Husni Mubarak dan 24 Jun pula tarikh terlantiknya seorang pemimpin islam yang baru iaitu Dr. Mursi..

saat diumumkan keputusan pilihanraya, bumi mesir seakan-akan bergegar dengan laungan takbir dari seluruh penduduknya.. inilah yang mereka nantikan. kejatuhan kezaliman dan kebangkitan Islam. tidak kurang juga titisan airmata gembira dari mereka.. inilah janji Allah untuk Islam.. pasti islam akan bangun.


sujud syukur tanda terima kasih kepada Allah ats segala2 nya.. saat yang ditunggu2 akhirnya tiba. Dr. Mursi kini presiden baru Mesir. Alhamdulillah~




Ucapan pertama Presiden Mursi

Saya tidak mungkin berdiri di hadapan anda sekalian kecuali berkat rahmat Allah SWT
Terima kasih dan penghormatan kepada syuhada dan luka-luka teriring doa atas jasa mereka yang telah membuka pintu

Terima kasih kepada masyarakat Mesir dan tentera yang saya cinta. Tidak ada yang mengetahui dalamnya cinta kecuali Allah SWT

Terima kasih kepada hakim-hakim Mesir yang tengah mengawasi dan melancarkan pilihan raya

Dalam pidato Mursi menyebut wilayah-wilayah yang tidak mendapat perhatian dari Mubarak selama 30 tahun
Para pekerja, pemandu bas, para pelajar, semuanya adalah keluarga saya. Saya tidak akan membeza-bezakan

Mari kita melanjutkan perjalanan, agar semua tuntutan revoluasi tercapai

Dahulu kita selalu bertanya-tanya: bila-bila rakyat akan menjadi sumber kuasa sebagaimana di negara-negara lain?
Sekarang, anda sekalian adalah penguasa

Rakyat dan penguasa sama di sisi undang-undang

Saya tidak mempunyai hak. Semua yang saya punya hanyalah kewajipan

Apabila saya tidak melaksanakan semua janji-janji saya, maka janganlah patuhi saya

Wa'tashimu bihablillahi jami'an wa laa tafarraqu. Shadaqallahul Adzim

Mari bersama-sama kita pikul projek kebangkitan. Demi masa depan Mesir

Kita semua bangsa Mesir, Muslim mahupun Kristian, kita semua pelaku peradaban

Saya akan menjaga semua perjanjian dengan semua negara. Saling menghargai. Saya tidak izinkan campur tangan asing

Ketahuilah semuanya, bahawa semua keputusan Mesir bergantung pada keinginan rakyatnya

Saya faham bahawa kita semua dalam keadaan yang sulit. Tapi dengan taufik Allah kita akan melalui semua ini.

Saya tidak akan mengkhianati kamu semua. Wattaqu yauman turjauuna fihi ilallahi
Semua orang melihat itu jauh. Tapi kita memandang semua itu dekat.



Dr.Sofwat Hijazi kpd Dr.Muhammad Mursi:

"Ingat, anda menang bukan kerana kekuatan anda. Bukan mereka yg disekeliling anda. Bukan juga usaha pasukan anda. Tapi ia kurniaan Allah. Jika anda mentaati Allah, kami akan mentaati anda. Jika anda menderhakaNya, maka kami akan menentang anda." - FB Ust Abd Malik


"Ajaib sungguh penjara Mesir. Masuk ke dalamnya Nabi Yusuf alaihissalam, dan setelah keluar diangkat menjadi Raja Mesir. Masuk juga di dalamnya Dr Mursi, dan setelah keluar diangkat menjadi Presiden Mesir." ~Ismail Haniyyeh, Perdana Menteri Palestin


Semoga kerajaan baru mesir sentiasa dibawah naungan dan keberkatan Allah. <3 misr~

0 comments:

Post a Comment