Sulung

14/04/2012

Sulung, pendefinisian mengikut kamus DBP edisi ke 4 membawa maksud yg terdahulu (mula-mula sekali), yg tertua; anak ~ anak yg pertama (tertua); bahasa ~ perkataan kanak-kanak (ketika mulai ber­cakap); buah ~ buah yg pertama (drpd pohon); gigi ~ gigi yg mula-mula tumbuh. tpi kt sini bkn nk cite pasal gigi ke, buah k tpi nak berkongsi pasal anak sulung.

Ya, saya anak sulung. anak yang pertama dari keluarga. anak yang mula2 kluar dari perut mak. anak yang mula2 abah azankan dan cucu pertama untuk atok dan nenek sebelah ayah.. :)

Saya xpernah rasa apa yang adik2 selepas sy rasa.. juga xpernah rasa menjadi bongsu. mungkin setiap daripada kita merasa perasaan berbeza. anak sulung merasa berkuasa, yang selepasnya merasa selalu dibawah perhatian yang sulung. dan yang sulung plak mesti merasa yang bongsu sering mendapat kasih sayang lebih.. betul k?

bagi saya, menjadi anak sulung bukan sesuatu yang meaningless, sebab adik2 yang dibawah menjadikan kita sebagai role model selepas ibu bapa. menjadi sulung juga satu tugas yang tidak boleh dipandang ringan, sebab apa yang kita lakukan akan lebih diambil berat oleh ibu bapa. kalau kita tidak layak, tidak mampu dan tidak bertanggungjawab, Allah takkan pilih kita sebagai ketua kepada adik2. namun, bagi mereka yang tidak melihat situasi ini dari skop yang positif, mereka akan mengabaikan tanggungjawab mereka, adik2 tidak diambil kesah perihal mereka. sayang sekali jika adik2 mengikut pengaruh abang dan kakak mereka yang kurang elok, ibu bapa yang sakit kepala.

alangkah baiknya kalau kita sebagai anak yang sulung atau abang, dan kakak kepada adik2 menolong ibu bapa dalam membentuk keluarga yang berteraskan agama islam dan menerapkan akhlak2 yang murni kepada adik2. dengan ini bleh terbentuk keluarga islam. insyaAllah.

anak yang sulung, memang besar tanggungjawab. terutama bagi lelaki. kitalah yang menjadi wali kepada adik2 perempuan jika kedua ibu bapa kita sudah tiada. kita yang menjadi ketua keluarga, kita juga yang bertanggungjawab atas adik2 perempuan kita di akhirat nanti. adik2 pun perlu faham. T.T

~andai pernah diri ini berkasar terhadap kalian, maaf ku pinta setinggi2~
~andai pernah diri ini menyakiti kalian, nanti balik,bleh la balas balik~
~kasih seorang abang takkan terputus walau dihunus pedang kebadan~
~rindu ku juga takkan terhenti jika mengingati kalian di kejauhan~

Salam.

0 comments:

Post a Comment