Sad mode

05/07/2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 
pagi ini, aku mengharap kan cerah dan cerianya seperti biasa, namun, jangkaanku ternyata tidak benar sama sekali. 
pagi ini, aku inginkan satu kehidupan yang seperti biasa, namun, aku tidak akan mengecapinya.
pagi ini, aku berangan-angan seperti sedia kala, namun, semua itu sudah berakhir.

ketika aku seperti biasa menjamu mata ku dengan facebook, ym, dan skype. tiba-tiba, 
datang satu berita yang tidak pernah ku terfikir akannya,
berita yang tidak mahu aku dengari nya sampai bila-bila.
namun apakan daya, kita hanya manusia.
hamba kepada yang Maha Esa.
lemah dan xterdaya. dan.....
KEMATIAN adalah lumrah bagi insan yang bernyawa.
yang memisahkan roh dari jasad.
yang memisahkan alam dunia kepada alam barzakh.

walaupun si kecil itu hanya sempat menikmati dunia ini hanya seketika,
namun ternyata di sini bukan tempatnya.
Allah maha mengetahui akan segala-galanya. masa lampau atau hadapan.
mungkin tempat terbaik nya adalah syurga.
sampai menunggu ibu bapanya disana. 

dan jangnlah terlalu bersedih kepadanya, 
kerana Allah itu Maha segala-galanya.


Dari Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “tidaklah seorang muslim ditimpa kematian dgn 2 orang anaknya akan terjilat api neraka sedikit atau banyak, kecuali sebatas pembayaran dgn sumpah.” (Riwayat As-syaikhan dan Al-Baihaqi)

Rasulullah S.A.W bersabda: “tidaklah dua orang muslim (suami isteri) yg ditimpa kematian 3 orang anaknya yg belum baligh kecuali Allah memasukkan kedua nya kedalam syurgaNya dgn keutamaan dan rahmatNya.” Lebih lanjut rasulullah S.A.W bersabda, “Dan mereka berada di depan pintu dari pintu2 syurga, kmdn dikatakan kpd mereka: ‘masuklah kalian ke dlm syurga.’ Mereka menjawab: ‘kami tidak akan masuk hingga kedua orang tua kami datang.’ Lalu dikatakan kpd mereka: ‘masuklah kaloan semua ke dlm syurga bersama bapa dan ibu kalian dgn keutamaan Allah dan rahmatNya.” (riwayat an-nasa’ie dan al-baihaqi)

Dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda: “wanita mana saja yg ditimpa kematian 3 orang anaknya menjadikannya sbg tabir penghalang baginya masuk ke dlm neraka. Seorang wanita bertanya, ‘bagaimana pula dgn 2 org anak?’ Baginda S.A.W menjawab, ‘Juga dua orang anak.’ (Riwayat bukhari, muslim dan al-baihaqi)







Disebalik smua n ada hikmah,
HIkmahnya mgkin Allah sahaja yang tahu.
insyaAllah~ 
innalillahi wainna ilaihi roji'un.

p/s : 'pemergian' pertama sewaktu berada di mesir. Al - Fatihah~

0 comments:

Post a Comment