Showing posts with label Photo. Show all posts
Showing posts with label Photo. Show all posts

Boikot!!

31/01/2013

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..

malam yg dinanti telah berakhir dengn gemilangnya..
kerjasama dan sambutan amat menggalakkan..
ya!
itulah kamu semua,
warga PERUBATAN!

walau ada rasanya yg xsempat mnyertai program malam amal
sebab pendaftaran dh penuh,
tpi kerana anda juga lah program ini berjalan dgn jayanya.. (fahamke?)

Semoga semua usaha kita diberkati Allah..
hanya Allah yg mampu membalas jasa antum semua..

tadi mc ada ckp psl boikot.. tertarik dgn hal ni..

kenapa kena boikot? kalau boikot pon, apa jadi..? org lain ramai lg guna produk yahudi tu..
kalau kita je yg boikot pon xjadi apa jgk..


Ingat Lagi Cerita Burung Kecil dan Nabi Ibrahim?

Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, ada seekor burung kecil comel yang menonton peristiwa itu, lalu terus terbang berulang-alik mencari air. Burung kecil itu menyedut dan mengisi air di dalam paruhnya lalu dilepaskannya ke atas unggun api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Itulah yang dilakukannya berulang-ulang kali, sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. dikeluarkan daripada api.

Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lantas bertanya kepada burung kecil itu, "Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"

Lalu dijawab oleh burung kecil, "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri, Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak! Aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, kelak di hadapan Allah aktu tidak akan dipertanggung-jawapkan kerana aku telah berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman!"

fahamke? dpt apa yg kena mngena boikot dgn kisah ni? 

walau kita xmampu mengubah apa2 dgn mmboikot, tpi cukuplah sekadar kita sdh berusaha untuk mmbntu sahabat2 kita yg dizalimi di sana.. :)


panjang post ni, jom tgk gambar plak.. hehe =)



















best moment, time lelongan.. hehe :)

Assalamualaikum~


Perubatan Sport Day (PSD) 2012

02/04/2012

Assalamualaikum.. haha.. xigt plak kita ni ada blog.. dah lama gler xupdate.. biasala, bnyk busy dgn bnda lain. agak lama lepas post turki. byk jugak perkara yg berlaku lps balik dari turki hari tu. shari blik cairo, beli DSLR bru. just body, D90. xde rezki nk bwk ke turki.. :(

then 2 hari lepas tu, ke Dumyat. mencari kerang. haha. best2. letih2. tp puas hati sebab 2 guni kerang berjaya bawak balik. haha. dah la kerang tu satu2 besar penumbuk. berat woo~

dan byklah lgi bnda yg terjadi dan program yang diikuti. and the latest is about the title. Perubatan Sport Day kat Alexandria. huhu. kitew main futsal jew. xterer pon. tp xtau la sbb apa org ambik main gk, rezki kot. haha.. btw thanks untuk senior yang sudi ajak main skli. :)

actually, PSD sepatutnya diadakan lama dlu, tp ditunda ke tarikh baru atas sebab urusan teknikal. :)
dan pada 31.3.2012 telah berlansung secara rasminya PSD Alex 2012.
persiapan Alhamdulillah semua ok. semua lancar. tpi untuk team2 lain xtau la plak mcm mna. hehe. dan keseluruhan prestasi kontinjen Kaherah juga memuaskan. tapi rezki tidak menyebelahi kami kerana hanya menjadi Naib Johan keseluruhan. next time maybe! :) (sebab baju k?-.-)

xmo ckp pnjg, tgk la gambor plak ye.. :)
















sekian. Assalamualaikum~

EidAdha 1432H - Egypt

11/11/2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~

Sorry smua atas ketidak lancaran perjalanan blog.. ada yang cakap blog hidup segan mati xmahu..hahaha
xpe2, biase la 2..bila admin pemalas, begni la rupa blognya.. hahaha.. actually, ada bbrapa masalah sekarang ni, laptop rosak, line internet yang xmenentu 2, 3 hari ni.. tp bila lptop pon dah xok, akan tergendala la smua kerja..haha.. ni pon gna laptop housemate..

rasanya belum terlambat untuk admin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat seluruh umat Islam xkira di mana saja anda berada. terutama buat parents and smua sahabat kat Malaysia.. :)

as usual, raya kat mesir pon meriah jgk macam kt malaysia atau mungkin lebih meriah kerana segala perjalan program korban disempurnakan sendiri oleh mahasiswa dan mahasiswi di sini.

pics time~!!!




















sorry kalau kualiti gambar low.. fotogrper kurang pandai.. hahaha. insyaAllah lepas ni akan post gambar daripada Canon AE1. just wait.. :)  SELAMAT HARI RAYA!! Assalamualaikum~

jalan - jalan. makan - makan. Raya!

09/09/2011

 السلام عليكم
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-54 
buat semua  rakyat Malaysia, tanah air tercinta.
walaupun hari kemerdekaan tiba, namun Hari Raya Aidilfitri lebih mendapat sambutan rasanya. 
kerana penat lelah setelah sebulan berpuasa lebih terasa
daripada penat lelah para pejuang dulu-dulu negara memperoleh kemedekaan .
walaupon begitu, jasa mereka tetap di hati kita kan? insyaAllah..
terutamanya Mat Indera yang meniti di bibir semua pembaca akhbar akhir-akhir ini
terutamanya UTUSAN.
Semoga roh-roh mereka di cucuri Rahmat Allah sentiasa.
AL - FATIHAH

Hari raya = Rumah Terbuka
kalau hari raya datang, mesti semua orang sibuk nak wat rumah terbuka.
memang sibuk kalau wat rumah terbuka. tp Alhamdulillah kepuasan terasa. 
biasa je kalau ade rumah terbuka kat Malaysia sebab semuanya diuruskan oleh mereka yang berpengalaman. Makcik2, pakcik2, atuk2, nenek2 yang buat semua. warga muda tolong habiskan je..hehe 
Alhamdulillah, Raya di perantauan mengajar banyak benda.
sebelum ni xpernah buat satay, kali ni dapat buat sdiri.
kalau sebelum ni makan nasi dagang yang dah siap, kali ni dapat buat sdiri nasi dagang. 
that how indipendent teach us the world. 

dan syukur kepada Allah untuk kesempatan dan keluangan yang diberikan 
sehingga berjaya jugak akhirnya wat open house sdiri. :)

cam biasa, jom tgk gambar! 
kali ni, SLR version. 

pertandinga tebar roti canai.

Nasi dagang perantau kot..





setelah beraya di RKL.




kek ni best!

hari raya pertama - Rumah Kelantan Baru (RKB)
hari raya kedua - Rumah kelantan Lama (RKL)
hari raya ke-9 - Rumah terbuka PMRAM
hari raya ke-10 - Rumah Terbuka PERUBATAN

sekian untuk kali ni rasanya.
insyaAllah, post lain akan menyusul samada dari saya IlhamHakimi atau EqbalFaiz.
Assalamualaikum.

- Syawal dirai penuh variasi, tarbiah Ramadhan jgn dilupai -