Revision

10/01/2015

Assalamualaikum.

Malam ni terdetik nak bukak benda ni (blog) setelah sekian lama tidak bersua.
Suatu malam dalam musim winter bersuhu 12° dan mungkin akan mencapai 6°. Xbiasa sejuk walaupun lahir kat kutub utara. Tapi sapa tak suka sejuk kalau boleh berbungkus dalam saratoga. Ye dok?

Bila tengok balik hebahan/post lama dalam blog ni, rasa memalukan lah pulak. Tapi biasa la, budak baru nak up. And quite fascinating how the things slowly move on and growing up together. Boleh tengok gambar2 lama yang muka sorang2 masih cute, innocent. Dari 2011 hingga 2014 sekarang dah masuk 2015. From that, dah berapa ramai bertukar status, habis belajar, dah ada anak dan macam2 lagi, tapi yang disini masih tidak berubah melainkan saiz badan yang semakin membesar dan memboncit. (Pahala dosa pon berubah, cuma mana 1 yang naik, mana 1 yang kurang?)

Untuk 2015, selamat berjaya kepada semua. Semoga lebih maju dari tahun sebelumnya. Ada sesapa nak kawen, bagitau la ye (xhabis2 pasal kawen #studentmesir la katakan..emm)

Kullu sanah waantum bikhair insyaAllah.

Kenangan lepas mengajar kita untuk lebih bersedia di masa akan datang agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

"Maka celakalah mereka yang hari semalamnya lebih baik dari hari ini dan beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik dari hari semalamnya."

me with euphoria

14/03/2014

Bismillah. First post for 2014 i guess. Memang pemalas betol. Setahun 3x je update blog. Huk alohh..

Ok, kali ni rasa macam nak cerita pasal sorang senior ni. His name is SAEED ZUBEIR BIN ZAHARI (btol k eja tu?) :) . u would know him if u study in egypt. Hehe. Famous guy!

Abg saeed, mula2 jumpa sebab kerja BPP (biro penerbitan penerangan) lah rasanya. He was a reporter, alone, from alazhar university. Sy jd photographer.
Masa tu PERUBATAN pusat je. So whenever ada program, sy ngn abg saeed akan turun ke program tersebut utk liputan. I met no other reporter as talented as him. Kerja betul2 dedikasi.

Dan selepas wujudnya PERUBATAN cawangan al-Azhar, kitorg bekerja lagi bawah BPP cuma kali ni abg saeed pegang unit karya dan aq pegang unit liputan. But i know where his heart is. Oleh sebab itu, we make him as ketua editor Unit Liputan. More powerful than me actually. :)

Now, walaupon dh turun takhta, namun masih berkhidmat utk BPP, both of us. BPP sampai mati.. Haha

Banyak lagi cerita, tapi mungkin ini sahaja yg dpt dikongsi bersama.

He is like a brother to me.

Abg saeed daebak! :)

P/s: tq utk cardigan tu. Haha ✌
Abang saeed yg kat tengah, hujung tu halim.

DoTA 2 HD Wallpaper

28/10/2013

Here some of the wallpaper to all Dotarian! hehe :) enjoy..!











click here for more..!

cc to original uploader :)

Selamat Pengantin Baru, Fauzan & Anati

09/09/2013

Fauzan,
Pojan,
Jan,

kita kenal baru 3 tahun kan?k xsmpai?xpelah..same je..
tpi rasa macam dh lama.. mcm kenal dri kecik lgi..
btw, post ni bukan nak luah perasaan k hape.. saje nak berkongsi.. hehe :)

kalau dlu, ad org ajak tgk bola,mgkin lps ni dah xde..
xpe, aku tgk bola streaming kt umah jela.. tahun depan pon FIFA..

kalau dulu kau slalu ajak makan time lapar, mgkin lps ni dah bertukar tukang ajak..
xpe, aku akan selalu masak kt rumah dh lepas ni, bleh jimat.. hahaha

and kalau biasa ada projektor tgk movie kt rumah, mgkin tu la kali terakhir layan muvie/RUNNINGMAN gna projektor..
xpe, nnti aku beli la 1.. haha

kalau biasa lepak costa coffee/d'cappucino utk habiskan duit, mgkin jap lagi aku g ngn toni jela kot.. haha

tapi biasala hidup ni akan terus berjalan, maju dan terus maju kehadapan..
apa yang semalam kita dapat, mungkin esok kita dapat lebih lagi..
jika semalam kita keseorangan, mungkin esok ada peneman di sisi yang setia.. ^^

so, kau dah start, mgkin lepas ni rmai yg akan menyusul, amin, hamdi, cerah, keba :)

and kitorang akan jadikan kau sebagai role model.. be aware~

untuk kesekian kalinya,

Selamat Pengantin Baru untuk Pojan dan Anati.. semoga berbahagia hingga keakhir hayat dan kesyurga :)

p/s:
fauzan, jaga bini baik2..
anati, jaga pojan baik2.. n jgn jelez plak tentang kami ye.. hahaha :)


Bahtera yang belayar di samudera itu bukanlah selamanya tenang,
ada ketika badai menghempas,
ada ketika ribut melanda,
dan jadilah kamu nahkoda,
nahkoda yang membawa bahtera ke daratan,
ke haluan yang tenang,
walaupon jalannya dihiasi duri selautan,
semoga engkau berjaya wahai ketua :)
Aminnn~


 

2 more 2 go 2 home.

15/06/2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah wa syukru lillah..
harini done 6th paper.
Microb.
semuanya berakhir dengan tangisan.
gembira, atau sedih. tidak siapa tahu.

"Succes is how high you bounce when you hit the bottom" - General Patton

"When life knock you down, you have two choices, stay down or get up" - Tom Krause

tinggal lagi Parasitology ngn Al Quran.
kemudian masing masing dah merancang perjalanan.
pulang, makan angin, umrah, semua ada.
semoga itu yang tebaik untuk kalian.

saya insyaAllah akan balik.
tpi tiket xbeli lagi..
tunggu~

"family is the most important thing in the world" - Princess Diana

PERUBATAN Cawangan Al-Azhar

09/03/2013

Assalamualaikum..

9.3.2013

hari ini pada 2008 terbentuk kerajaan malaysia selepas PRU12,
tpi harini bukan itu,

tapi hari ini adalah,

tarikh dimana bermulanya satu kerajaan baru,
kerajaan di bawah khilafah PERUBATAN..
kerajaan PERUBATAN Al-Azhar As-Sharif.

tiada pengalaman berdiri sendiri,
seperti pelajar baru masuk asrama,
tak pernah terpisah dengan 'Ibu' dan 'Ayah'.

tetapi,
kenangan bersama xkan menjadi kesedihan,
malah akan menjadi satu kekuatan untuk kami belajar darinya..
kerana kami tahu,
perpisahan ini bukanlah total,
hanya lebih kepada belajar dan pengalaman,
kerana mereka masih lagi ada di sisi untuk membantu, memberi tunjuk ajar..

berdiri sendiri bukanlah satu perkara yang mudah,
bukan juga suatu perkara yang terlalu susah,
kerana, apa yang paling penting adalah seluruh ahlinya memberi kerjasama..
dan saling membantu, untuk Al Azhar kita..

tiada lagi perpecahan!

Dentist dan Perubatan..

2 Fakulti yang nampak berbeza tapi pada hakikatnya sama..
Ayuh kita bersama-sama dan bersatu..
kerana beebeza membuat kita unik dan rare bila bergabung! :)
hehe..

akhir kalam,
seeru alaa barakatillah..
ayuh kita! ini kalilah!
bersama2 bersatu untuk al azhar tercinta!

like this link :

PERUBATAN Cawangan Al Azhar

"PERUBATAN sebagai wasilah, Allah sebagai Ghayah"

Keberkatan dalam belajar dan Adab - adabnya.

18/02/2013

Assalamualaikum..

tertarik dengan kalam "Kitab Al wajhi" seorang akhi..
sama2 kita berkongsi..

Kata Imam al-Shafiiy:
"Apabila kamu tidak tahan menanggung lelahnya belajar,
Maka kamu akan menderita menanggung peritnya kebodohan."

Menuntut ilmu bukan senang..
Bahkan memerlukan pengorbanan yg berpanjangan.
Kemungkinan mengambil masa brtahun2 untuk menjadikan sseorg itu pakar dlm bidang yg diceburinya.
Namun, bagaimanakah para ulama' dahulu kala dpt menjadi Faqih dlm ilmu agama walaupun ketika itu umur mreka masih muda?

Itulah yg dinamakan KEBERKATAN..
Keberkatan yg lahir apabila seseorg itu ikhlas dlm menuntut ilmu.

Dan utk memperoleh KEBERKATAN, perlulah ada ADAB-ADAB dlm menuntut ilmu ^_^

Hari khamis yg lpas, Ustaz Ahmad Fahmi ada mnyebutkn beberapa adab yg perlu ada pd stiap pelajar dlm mnuntut ilmu. Antaranya:

1. Memilih waktu yg sesuai utk blajar, antaranya ialah selepas Subuh, selepas Maghrib dan selepas Isya.
2. Memilih hari yg sesuai, antaranya ialah pd hari Isnin dan Khamis.
3. Belajar pd usia muda.
4. Tidak terlalu kenyang dan tdk trlalu lapar ktika blajar.
5. Afdal belajar di masjid.
6. Tajdid niat sblm blajar. "Kemungkinan sesuatu amalan yg besar itu menjadi kecik, hnya disebabkan NIAT. Dan kemungkinan sesuatu amalan yg kecik itu menjadi besar, hnya disebabkan NIAT seseorg itu."
7. Jgn bertangguh. Tiada istilah 'waktu kosong'.
8. Berikan 100% fokus pd ilmu.
9. Bersungguh2 utk mencari makanan yg halal.
10. Pilih kawan yg baik.
11. Menguasai ilmu fardu ain dahulu sblum mnguasai ilmu yg lain.
12. Tidak boleh bersikap pemalu dlm mnuntut ilmu.
13. Sentiasa memelihara wudhu'.
14. Alat tulis jgn diletakkan di ats lantai, krana ianya MULIA disebabkan ianya adalah alat utk mencatat ilmu.
15. Sntiasa bersiwak, lbih2 lg sblm solat.
16. Kitab jgn diletakkan di atas lantai, sbaliknya letakkan ia di ats riba.
17. Jgn lipat kitab agama, sebaliknya gunalah penanda buku.
18. Jgn mencampurkan sesuatu kitab dgn kitab yg lain, sebaliknya asingkanlah stiap satu kitab tersebut.
19. Apabila berada di dlm sesuatu majlis ilmu; pastikan kita kurangkan berdehem agar tdk mengganggu guru dan org di sekeliling.
20. Perlahankan bersin.
21. Tutup mulut ketika menguap.
22. Elakkan bersandar pd dinding ataupun tiang.
23. Menjadi pendengar yg baik. Bykkan mendengar drpd bercakap.
24. Adab bersama syeikh; pastikan kita jgn memotong kalam syeikh sblm beliau menghabiskan kata-katanya.
25. Buat spt kita baru tau ilmu yg diajarkan oleh syeikh sbentar td.
26. Cari apa2 shaja jalan utk menggembirakan syeikh, sama ada memberikan hadiah dan sbagainya.
27. Tdk menggunakan perkataan "anta" pd syeikh, sbaliknya gunakanlah perkataan "antum".
28. Berlapang dada di dlm majlis. Berikan ruang pd mereka yg baru hadir.
29. Kita yg memulakan membri SALAM pd syeikh, bukan syeikh yg terlebih dahulu memberikan SALAM pd kita.
30. Perlu mmpunyai smangat yg tinggi dlm menuntut ilmu!

* Ambik kertas, kemudian listkan semua adab2 ini. Agak2, brapa byk yg dah kita laksanakan?

* ALLAH tdk melihat pd PENCAPAIAN kita, namun Dia melihat pd USAHA kita!



Syukran akhi Imran Kasran..